Popular Posts

Sunday, 14 July 2013

Ada Apa dengan Mawlid?

السلام عليكم 
 
بسم الله 

Majlis Mawlid diisi dengan alunan qasidah & zikir2 & diselang dengan tazkirah.
antara alunan qasidah yang feveret..ya Hanana..ya habib..  
qasidah ni ada pelbagai...antaranya, Khairul Bariah, Ya Saiyidi, Qul Ya Adzim dll.
 
dulu memang tak pernah tau la program ni. Zaman da berubah...kita pun mesti berubah..tapi biarlah ke arah yang lebih baik. :)
orang kata...kalau kita jahil...carilah kawan yang soleh/solehah. Join lah majlis2 ilmu.
bukan untuk sesiapa, tapi untuk kita sendiri.. untuk makanan roh kita, sebagai bekalan kita menghadap Allah nanti. Orang lain takkan tahu bagaimana keadaan kita di alam kubur sana..sebab kita sendiri menanggung segala amalan kita.
joinlah kalau ada masa.. tiada paksaan, cuma nak share je..
 
 Apa yang dapat bila join?
feel.... bila dah rasa tu...memang akan rasa nak join lagi.
Insya'Allah...bila hati terasa nak dekat dengan Allah...Allah akan mudahkan  & bukakan jalan seluasnya buat kita.
Allah ni...selangkah kita nak dekat dengan 'Dia, seribu langkah Allah akan dekat dengan kita.
 
sini saya sertakan beberapa gambar Mega Mawlid kat Shah Alam aritu.
Join je, xkena bayar pun...
 
 




 
 
 
 

ni salah satu buku yang mengandungi qasidah & ratib yang biasa diguna dalam majlis Mawlid.


ni pulak Habib Ali Zainal Abidin- pengasas pengajian di Darul Murtadza ( Masjid Muaz bin Jabal )
salah seorang guru feveret :)


 
Habib Najmuddin


Dalam majlis ni, di samping qasidah..ada juga diselitkan sedikit tazkirah.
So ilmu tu..dapatlah ditambah-tambah.. ada lah juga pengisian untuk hati & otak kita ni..

Kelebihan dalam majlis ilmu ini?
hmm...memang banyak!, antaranya?

  • ia antara taman2 Syurga, yang mana di dalamnya Allah taburkan ganjaran & pahala.
  • jika dibuka hijab, kita akan lihat betapa dalam majlis ilmu ini begitu ramai penghuni di langit beserta. Malaikat pula mengaminkan atas apa yang kita hajatkan.
  • menghadiri majlis ilmu  merupakan amalan yang paling soleh & merupakan lebih baik daripada mengikuti 1000 jenazah & solat 1000 rakaat.
  • menghadiri majlis ilmu juga...waktu bersurainya kita.. Allah mengampunkan dosa.
  • Malaikat akan bersama & Allah menyebut nama kita.
  • Kubur tersinar dengan amalan kita beserta juga kubur2 ibu & ayah.
  • Meraikan majlis2 yang meraikan Mawlid Nabi, Nabi akan menjadi saksi untuk memberikan syafaat.
  • Allah datangkan kasih sayangNya & juga kasih hambaNya.

~perkongsian dari tazkirah Habib Ali Zainal Abidin~

No comments :

Post a Comment