Popular Posts

Thursday, 18 July 2013

Luahan Cinta Buat Yang DiCinta

 
 
 
 
Muhammadku..Muhammadku..
Tiap kali namamu meniti dibibirku,
Mengenalimu melalui sirah, hadis & kalamullah.
Tidak tergambar bila membayangkanmu.
Tidak terkata seandainya kita bertemu.
Andaikah pertemuan antara kita?, aku mohon dalam pengharapan.
Aku luahkan dalam kata, ku huraikan rindu dalam selawat ke atasmu.
 
 
 
Muhammadku..Muhammadku..
Kau kekasih yang terpilih, Sunnahmu menjadi ikutan.
Keperibadianmu meraih sanjungan yang tinggi.
Cukup sempurna akan kejadianmu.
Mungkinkah kita bertemu..?
Aku mohon, aku mohon akan kasihmu.
 
Wahai Allah yang Maha Pengasih..
Sampaikan selawatku sebagai tanda rindu di hati,
Telah lama disemai & kini ia menjalar seluruh jiwa.
 
Wahai tubuh yang mewangi...
Hati ni merintih pilu merindumu yang teramat sangat,
Mengalirnya air mata membasahi pipi tiap kali mendengar & menyebut namamu,
Apakah ini dinamakan cinta?
Allah.....temukan aku dengan Cintaku sebelum Kau temukan aku dengan cinta hambaMu,
Aku mahu PenciptaKu & PesuruhMu melebihi cintanya dari segalanya yang ada di alam ini.
 
Telah sekian lama aku mengenalmu melalui Sirah2mu wahai kasih..
Mungkinkah kau singgah di mimpi malamku,
Hanya dengan Sirah & Sunnahmu hati telah terpaut,
Apatah lagi tika bertentang mata denganmu..
Benarlah akan kasihnya Siti Khadijah padamu,
yang mengorbankan kasih & seluruh hidupnya untukmu wahai kasih..
Allah....sendiri berselawat ke atasmu sebagai tanda kasih..
Apatah lagi aku sebagai ummatmu.., jika tidak mengingatmu.., takkan ada syafaat darimu,
Tapi bukanlah ingatanku padamu hanya untuk mendapatkan syafaatmu,
Tapi kerana telah wujud rasa cinta & rindu yang mendalam telah menjalar segenap jiwa,
 
 
 
Wahai Rasulullah..
Sungguh tidak terluah dengan kata-kata..
Tatkala diri ini datang singgah ke Raudhah bagi mendampingimu..
Hati luluh saat itu kerna diri dijemput oleh Ilahi,
Sedangkan diri ini tidaklah sekuat mana imanku,
Tidak jua setinggi mana ibadahku,
Namun kasih sayang Allah cukup luas... tidak tahu apakah hikmah di sebaliknya.
Apapun, aku hanya mengharapkan kasih sayang yang tidak akan berkurangan,
Walau hingga akhir hayatku..
 
Muhammadku..Muhammadku..
Para sahabat sanggup menjadikan tubuh mereka sebagai perisai atas tiap tujukan panah musuh-musuhmu,
Srikandimu..mengorbankan harta demi perjuanganmu & menyelimutmu dengan cintanya.
Terimalah aku jua salah seorang ummat yang mengenangmu,
dengan rasa cinta yang ada di hati ini..
Aku serahkan seluruh jiwa untukmu hingga akhir hayatku,
Tidakkan ada yang sama sifat tawadhu' sepertimu wahai kasih,
Allah...aku merindui kekasihmu..
Datanglah..datanglah dalam mimpi-mimpi malamku.
 
 
اللهم صلى على سيدنا محمد  
 
 
 
Firman Allah:
'Orang jauh dari Nabi, hatinya akan menjadi keras.'





Sunday, 14 July 2013

Ada Apa dengan Mawlid?

السلام عليكم 
 
بسم الله 

Majlis Mawlid diisi dengan alunan qasidah & zikir2 & diselang dengan tazkirah.
antara alunan qasidah yang feveret..ya Hanana..ya habib..  
qasidah ni ada pelbagai...antaranya, Khairul Bariah, Ya Saiyidi, Qul Ya Adzim dll.
 
dulu memang tak pernah tau la program ni. Zaman da berubah...kita pun mesti berubah..tapi biarlah ke arah yang lebih baik. :)
orang kata...kalau kita jahil...carilah kawan yang soleh/solehah. Join lah majlis2 ilmu.
bukan untuk sesiapa, tapi untuk kita sendiri.. untuk makanan roh kita, sebagai bekalan kita menghadap Allah nanti. Orang lain takkan tahu bagaimana keadaan kita di alam kubur sana..sebab kita sendiri menanggung segala amalan kita.
joinlah kalau ada masa.. tiada paksaan, cuma nak share je..
 
 Apa yang dapat bila join?
feel.... bila dah rasa tu...memang akan rasa nak join lagi.
Insya'Allah...bila hati terasa nak dekat dengan Allah...Allah akan mudahkan  & bukakan jalan seluasnya buat kita.
Allah ni...selangkah kita nak dekat dengan 'Dia, seribu langkah Allah akan dekat dengan kita.
 
sini saya sertakan beberapa gambar Mega Mawlid kat Shah Alam aritu.
Join je, xkena bayar pun...
 
 




 
 
 
 

ni salah satu buku yang mengandungi qasidah & ratib yang biasa diguna dalam majlis Mawlid.


ni pulak Habib Ali Zainal Abidin- pengasas pengajian di Darul Murtadza ( Masjid Muaz bin Jabal )
salah seorang guru feveret :)


 
Habib Najmuddin


Dalam majlis ni, di samping qasidah..ada juga diselitkan sedikit tazkirah.
So ilmu tu..dapatlah ditambah-tambah.. ada lah juga pengisian untuk hati & otak kita ni..

Kelebihan dalam majlis ilmu ini?
hmm...memang banyak!, antaranya?

  • ia antara taman2 Syurga, yang mana di dalamnya Allah taburkan ganjaran & pahala.
  • jika dibuka hijab, kita akan lihat betapa dalam majlis ilmu ini begitu ramai penghuni di langit beserta. Malaikat pula mengaminkan atas apa yang kita hajatkan.
  • menghadiri majlis ilmu  merupakan amalan yang paling soleh & merupakan lebih baik daripada mengikuti 1000 jenazah & solat 1000 rakaat.
  • menghadiri majlis ilmu juga...waktu bersurainya kita.. Allah mengampunkan dosa.
  • Malaikat akan bersama & Allah menyebut nama kita.
  • Kubur tersinar dengan amalan kita beserta juga kubur2 ibu & ayah.
  • Meraikan majlis2 yang meraikan Mawlid Nabi, Nabi akan menjadi saksi untuk memberikan syafaat.
  • Allah datangkan kasih sayangNya & juga kasih hambaNya.

~perkongsian dari tazkirah Habib Ali Zainal Abidin~

Surat Cinta untuk Syahadahku..

 
 السلام عليكم 

بسم الله 
 
 

Kalimah pertama, Tiada Tuhan Selain Allah.
Lahirnya aku ke dunia atas penciptaanMu.
Siapa yang mengajar aku tentang Allah?
Perhitungan demi perhitungan dari separuh hidupku barulah aku temui..
Walau tak pernah terlihat, bagaimana hati ini boleh mencintai?
Aku letakkan hati ini dengan pengisian Asmaul Husna.
Hingga akhirnya aku temui cinta. Melalui cinta aku temui hijrah & mengenali ketenangan. 

Semuanya kerna Syahadah & kalimah ini akanku pegang sampai mati.

Kenapa nak kenal Allah?
Kerna dari 'Dia aku datang & aku beriman denganNya.
Siapalah aku tanpa Islam, dan jika aku telah mengaku dengan syahadah..
maka hidup & matiku haruslah sebagai Muslimah.
Kalau aku tak hidup sebagai orang Islam, maka samalah aku dengan orang2 kafir.
Dengan itu, aku tidak rela tubuhku menjadi bahan bakar nerakaNya.

Wahai Allah,
begitu aku cuba untuk khusyu' dalam sujudku, tiap kali bayangan dunia melintasi.
Hati ini takut tidak diterima diri, bantu aku pasakkan hati dengan tawadhu', kerna aku tak mampu menghalanginya sendiri.
Demi cinta di hati, aku cuba hingga mengerti akan kasihMu Ilahi.


Kalimah kedua, Muhammad pesuruh Allah.
Dari sirahmu aku cuba mencari & mengenal akan tiap sunnah & perjalananmu.
Kita jua tak pernah bersua, bagaimana pula untuk aku mengungkap rindu?
Melalui syahadah aku cuba mengerti kalimah keramat itu.
Hinggalah terbit rasa rindu untuk bertemu.
Aku cuba mengisi kekosongan dengan selawat ke atasmu,
untuk aku rasakan cinta & syafaatmu.
Moga aku antara umatmu yang terpilih.













 

Thursday, 4 July 2013

Bicara Tentang Hati

السلام عليكم   
 
بسم الله 






bilamana hati diisi dengan iman, datangnya hanya dari Allah.
Hidayah datang jika dicari & bukannya ditunggu. Hanya insan pilihan akan mendapat perhatian Allah.
 
kerana cinta, Allah datangkan Muhammad sebagai pembawa rahmat buat umatnya.
kerana kasih, Sunnah & Kalam diwariskan sebagai jaminan untuk ke Syurga.
jika amalan disulam keikhlasan,
jika tubuhmu dipelihara dengan kesucian.Maka janji Allah sesungguhnya adalah benar. 
 
sekadar perkongsian sebagai peringatan,
titipan bingkisan buat pedoman,
agar bila diri bertemu Ilahi, sisipan pahala menjadi perisaiku.
 
 
 
pencintaSunnah..

Wednesday, 3 July 2013

Day of Syria

 
 
 
kesempatan yang ada cuba diambil untuk mengenali lebih dekat akan kesempitan & kesengsaraan saudara2ku, ibu & ayah serta adik2 ku yg jauh di Negara Syria.
dalam program ni jugak, ada dijual lukisan dari hasil tangan anak2 Syria & dijual pada yang bermurah hati untuk membeli lukisan mereka.
 
inilah pintu yang dibukakan oleh Allah. Hendak pergi berjuang jauh sekali, hanya ini jalan yang mampu disalur buat mereka selain doa. Moga diberkati Allah.
 
saya sertakan beberapa gambar semasa program dijalankan & beberapa lukisan kiriman mereka.

 
 
PENTERJEMAH
 


PERSEMBAHAN DARI ANAK2 SYRIA



HASIL LUKISAN TANGAN 







 


BARANG2 LAIN YANG DIJUAL 

 
 
 
 
 
 

Tuesday, 2 July 2013

Riadah Sunnah

 
    
                                                                            



 


assalammualaikum....

bismillah..

Pertama kali terdetik di hati untuk menambah lagi amalan Sunnah untuk sertai riadah memanah, sepertimana yang diSabda kan oleh Rasulullah.
aku cuba mencari & terus mencari agar bisa lebih dekat untuk mengenali Rasulullah.

1st time main...seronok la...esoknya..lenguh2 weh..tapi puas.
kali pertama nak memanah, rasa sedih & semangat sebab teringat sungguh kat Rasulullah.
dengan izinNya, aku akan teruskan usaha ini.
wallahua'lam.



pencintaSunnah..